Saturday, April 18, 2009

2 SAMAN DIFAIL HALANG SPEKAER, SETIAUSAHA DUN PERAK DIGANTUNG TUGAS

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar hari ini bertindak menggantung tugas Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri dengan serta merta sambil menegaskan bahawa persidangan tergempar DUN yang dijadualkan esok akan tetap diteruskan.
Bercakap pada sidang media di pejabat peguamnya di sini malam ini, Sivakumar berkata, penggantungan itu diambil disebabkan kegagalan Abdullah menjalankan tugas sebagai pegawai Dewan.

Beliau telah melantik Misbahul Munir Masduki mengisi jawatan Abdullah.

Misbahul ialah setiausaha politik bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Semalam, Abdullah berkata, keputusan Speaker DUN Perak memanggil sidang tergempar Dewan esok adalah tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Jumaat lepas, Sivakumar telah mengeluarkan kenyataan memanggil satu sidang tergempar itu bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan di negeri ini.

Dalam sidang media hari ini, Sivakumar turut meminta polis memberi kerjasama kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menghadiri persidangan itu.Beliau berkata Setiausaha Dewan atau Ketua Polis Negeri tidak patut menghalang atau mensabotaj usaha mengadakan persidangan berkenaan yang telah dipanggil secara sah.

Katanya, walaupun pakar perundangan telah menyatakan persidangan yang akan diadakan esok sebagai sah namun pelbagai usaha dan taktik sedang dilakukan oleh pihak lawan untuk menghalang ia daripada berlangsung.

Sivakumar berkata, beliau akan menggunakan kuasa Dewan untuk membawa mana-mana pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah petang tadi memberi amaran bahawa polis akan mengambil tindakan ke atas orang ramai yang mengadakan perhimpunan di kawasan bangunan Perak Darul
Ridzuan esok.

Polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah berkawal di sekitar bangunan itu sejak petang tadi.

Sementara itu, Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata kesemua 28 ADUN Pakatan Rakyat akan pergi ke bangunan berkenaan pada 10 pagi esok untuk menghadiri persidangan tergempar itu.

"Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Perak bahawa pihaknya akan mengambil tindakan berhubung keputusan pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menunjukkan ianya tidak menghormati DUN sama sekali," katanya.

Ngeh berkata polis sepatutnya memastikan sidang DUN itu berjalan lancar dan membenarkan semua anggota dewan menghadirinya.

0 comments:

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP