Monday, May 11, 2009

Zambry fail rayuan ke Mahkamah Tinggi

PUTRAJAYA 12 Mei – Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini memfailkan permohonan untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Permohonan itu difailkan melalui tetuan Zul Rafique & Co. di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan di sini.

Permohonan untuk penangguhan itu dijangka akan didengar terus hari ini.

Zambry turut memfailkan notis usul untuk merayu terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. - Utusan

Read more...

Nizar gantung tugas SUK, Penasihat Undang-undang

Nizar gantung tugas SU, Penasihat Undang-undang
Harakahdaily
Tue | May 12, 09 | 9:07:43 am MYT
IPOH, 12 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim berkuatkuasa serta-merta.

Tugas itu akan dipangku oleh timbalan mereka dan ia merupakan beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi, demikian menurut sebuah akhbar online.

Petang semalam, Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada pagi esok, Mohammad Nizar berkata, beliau akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

"Bukan menghadap, kami hanya mengemukakan permohonann untuk menghadap," katanya kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Mohammad Nizar berkata, beliau dan kesemua Exconya akan memulakan tugas seperti biasa pada pukul 7.15 pagi ini.- azm _

Read more...

Keputusan Mahkamah Tinggi perkasakan demokrasi

Keputusan Mahkamah Tinggi perkasakan demokrasi
Tarmizi Mohd Jam
Tue | May 12, 09 | 3:19:58 am MYT
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menghukumkan bahawa Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar yang sah memperkasa demokrasi di Perak khususnya dan di Malaysia umumnya. Iklan



Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari malam ini ketika diminta mengulas keputusan Hakim Dato Abdul Aziz Abdul Rahim petang semalam.

Aziz mengakui yang beliau sendiri terperanjat dengan keputusan tersebut. "Kita harap keputusan ini memberi petanda bahawa ada harapan untuk kemunculan kehakiman yang bebas. Dan mudah-mudah ia fajar sadiq dan bukan fajar kazib," ujar pakar perlembagaan itu lagi. Beliau bagaimanapun mengakui ada banyak kesan politik yang belum tentu semuanya positif.

Tambahnya, "kebebasan kehakiman adalah sesuatu yang turun naik dan pasang surut, hatta di negara-negara maju."

Meskipun begitu keputusan mahkamah tersebut "tetap memperkasa demokrasi kerana ia akan menjadi rujukan penting di seluruh dunia Komanwel dan saya tidak nampak bagaimana mahkamah atasan - kalau BN benar-benar membuat rayuan - boleh mengubah keputusan tersebut."

Lagipun, tambahnya, prinsip yang digunakan oleh mahkamah sebenarnya telah pun wujud lama. Ia juga, kata Aziz, lebih selaras dengan semangat dan peruntukan perlembagaan.

"Keputusan itu sebenarnya adalah nadi kepada kerajaan kabinet yang nyawanya ialah sokongan majoriti dalam dewan," tegasnya. Beliau berkata keputusan mahkamah itu selaras dengan kedudukan kerajaan di dalam sistem demokrasi berparlimen atau Westminster.

Aziz berkata apa yang menarik ialah meskipun kes itu bukan kes saman ke atas sultan ia bagaimanapun sebenarnya menyentuh kuasa sultan. "Dari sudut ini ia adalah kes yang terpenting di seluruh Komanwel dan ia menjadi isyarat bahawa istana harus berhati-hati dalam melaksanakan apa yang umumnya dilihat sebagai prerogatif itu," kata Aziz.

Dua kes sebelum ini, yakni Stephen Kalong Ningkan (1966) dan Tun Datu Mustapha (1986) menangani kuasa perlantikan dan pemecatan oleh Yang diPertua Negeri dan bukan sultan. "Kuasa sultan ini bagaimanapun sama dengan kuasa Yang diPertua Negeri dan Yang diPertuan Agong di peringkat persekutuan," jelasnya.

Ditanya apakah kes itu akan membakar semangat 31 ADUN Barisan dalam untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Nizar beliau berkata, "Kes ini menyatakan Nizar masih menteri besar dan ini memberi beliau alasan untuk memohon pembubaran. Dan kita harus ingat tiga ADUN itu masih digantung dan kedudukan speaker baru - meskipun tidak disentuh oleh mahkamah - tidak sah kerana sidang Khamis lalu dipanggil dan dijalankan dengan mengetepikan speaker yang sah.

Penggulingan Sivakumar tidak betul. Sekiranya kita tidak mengatakan begitu pun selama tiga bulan lebih ini kita lihat begitu banyak isu yang kabur yang penyelesaian terbaiknya ialah dengan meminta rakyat membuat keputusan melalui pembubaran."

Aziz berkata keputusan mahkamah tinggi ini memberi kesempatan baik untuk semua pihak membetulkan apa yang silap dan terlanjur. "Selama ini memang kita mengatakan bahawa sultan masih boleh membubar dewan tetapi ia tidak berlaku dan hari ini mahkamah memberi isyarat tersebut."

Ditanya apakah tidak memadai jika Nizar kembali bertugas seperti biasa Aziz berkata: "Dalam sistem demokrasi jawatan dan kuasa sebegitu perlu mandat. Ini hak rakyat; istana atau mahkamah sekadar membantu jika berlaku kebuntuan. Takkanlah menteri besar hendak bergantung kepada istana atau mahkamah; tentulah ganjil dan tidak demokratik."

Ditanya mengenai kedudukan kuasa membubar yang merupakan kuasa sultan Aziz berkata: "Ia memang kuasa sultan tetapi ia tidak bermaksud dijadikan kuasa mutlak atau kuasa milik peribadi. Kalau kita baca Laporan Suruhanjaya Reid dan amalan di seluruh Komanwel ia jelas untuk membantu; dan bukan membantut demokrasi." - TMJ_

Read more...

Bubar DUN - Peluang Sultan Azlan Shah muncul terhormat

Bubar DUN - Peluang Sultan Azlan Shah muncul terhormat
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Tue | May 12, 09 | 9:35:38 am MYT
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa mengharapkan Sultan Azlan Shah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, bagi membolehkan rakyat negeri itu membuat pilihan secara demokratik selepas Mahkamah Tinggi semalam memberikan kemenangan dari segi undang-undang kepada Pakatan Rakyat. Iklan



Katanya, inilah masa yang terbaik bagi institusi Di Raja Perak yang amat dihormati sebelum ini, untuk membuktikan bahawa mereka adil dan saksama.

"Institusi ini tidak harus dilihat bertindak memihak kepada satu golongan tetapi bertindak berteraskan peraturan dan undang-undang. Prinsip-prinsip demokrasi harus dihormati.

"Peluang institusi Diraja Perak keluar dari kemelut ini dengan tahap imej yang lebih tinggi adalah terbuka luas. Bubarkan saja DUN Perak dan biarkan rakyat memutuskan penghakiman mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Husam, bagi PAS dan Pakatan Rakyat, pembubaran Dun tidak semestinya memberikan keuntungan kepada Pakatan Rakyat kerana, rakyat Perak bebas membuat pilihan mereka sendiri.

Katanya, pembubaran Dun merupakan tetap langkah terpuji yang membuktikan PAS dan Pakatan Rakyat adalah pemain demokrasi yang jujur dan pruden serta berani meletakkan rakyat di tempat teratas.

"Kuasa bukan segala-galanya tetapi prinsip-prinsip utama lebih didahulukan," tegas beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Naib Presiden PAS itu juga menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengembalikan jawatan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah mengejutkan.

Katanya, keberanian Hakim Abdul Aziz Rahim membawa Mahkamah Malaysia keluar sebagai institusi yang bebas dan berintegriti adalah amat mengejutkan.

"Beliau adalah seorang hero baru," kata Husam.

Husam juga menempelak Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, kerana beliau sepatutnya tidak lagi menggunakan saluran undang-undang untuk menyelesaikan krisis Perak yang beliau sendiri mulakan.

Tegasnya, walaupun keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu, tetapi, rakyat tetap beranggapan bahawa pemecatan Nizar adalah tidak sah, dan ianya telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi,

Menurutnya, Najib harus berani menerima realiti dan berani menyelesaikan kemelut ini mengikut saluran politik adalah langkah yang paling baik.

"Jika rayuan itu nanti masih memihak kepada Nizar, Najib dan Umno akan menanggung malu yang lebih besar. Jika keputusan itu atas apa sebab pun memihak kepada BN, rasa euphoria rakyat atas bebasnya kehakiman negara ini kembali menjadi negatif.

"Jika Najib berani bertindak bersama Pakatan Rakyat untuk memujuk Sultan Perak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, BN mendapat dua markah iaitu bebasnya kehakiman di bawah pentadbiran Najib dan yang kedua, kerana berani mencari jalan penyelesaian kepada krisis atas prinsip kembalikan kuasa penentuan kepada rakyat," ujar Husam.

Katanya, Umno dan BN mungkin tewas dalam pilihanraya itu nanti, tetapi maruah politik dan integriti BN akan dapat dihindarkan dari terus koyak.

"Ia telah pun koyak dengan parah sebelum ini. Umno-BN mendapat kuasa di Perak, tetapi ia meranapkan imej BN di seluruh negara, bahkan dunia. Harganya terlalu mahal.

"Samada Najib ingin terus bermandi dalam lumpur politik yang tidak mungkin dibersihkan selagi ia menggonggong kuasa di Perak melalui jalan di luar batas undang-undang dan amalan demokrasi yang terpuji atau kembali ke pangkal jalan," tegasnya._

Read more...

Perak MB suspends state secretary, legal advisor

Perak MB suspends state secretary, legal advisor
Andrew Ong | May 12, 09 8:28am
Hours after being reinstated as the legitimate government of Perak, Pakatan Rakyat got back to business by suspending state secretary Abdul Rahman Hashim and state legal advisor Ahmad Kamal Shahid.
MCPX
The two officials, who have been key allies of Barisan Nasional in the ongoing Perak political crisis, were suspended with immediate effect during an emergency state executive council (exco) meeting last night.

Reinstated Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin however stressed that the suspension was not a form of revenge.

"There were several things that they have done (over the past three months) which made us decide that they cannot be with us," Nizar told a packed press conference at 12.30am this morning at his rented home in Sungai Rokam, near Ipoh following the exco meeting.

"To give us peace of mind and for us not to suspect them, we have suspended them temporarily. This is not a form of revenge. We did this to fulfill the aspirations of the rakyat," he added.

Abdul Rahman earned infamy when he shouted at reporters covering Nizar's visit to his office shortly after being ousted, and also for closing down the state secretariat building to prevent the March 3 emergency state legislative assembly sitting.

He had also reportedly tried to stop Nizar from escorting Perak Regent Raja Nazrin Shah into a lift after the regent delivered the royal address at the May 7 state assembly sitting.

Meanwhile, Ahmad Kamal testified against Nizar during the ‘MB vs MB' trial. In his ruling, Justice Abdul Aziz Abd Rahim said he could not accept Ahmad Kamal's testimony because he "seemed to be a partisan witness".

Audience with sultan

State financial officer Jamaluddin Al Amini Ahmad will assume the role of acting-state secretary while the Ahmad Kamal's deputy has been made acting-legal advisor.

Nizar added that the while the suspension was temporary, their status would be further deliberated at future exco meetings.

Nizar also announced that the exco had decided that the menteri besar would submit a letter later today to seek an audience with the Perak Sultan to propose for the dissolution of the state assembly to pave way for state elections.

"We want to allow the public, who is waiting anxiously, to exercise their rights to choose their government," he said.

He clarified that though he will be attending the royal investiture this morning, attended by Perak Regent Raja Nazrin Shah, as an audience had not been granted.

On his relationship with the palace, Nizar described that it was "very good", citing his short conversation with the regent before and after the royal address on May 7 as proof.

"Tuanku said that he can work with Pakatan (and) I accompanied Tuanku to the lift and to his car. The whole time Tuanku was talking to me. He didn't say a word to (BN menteri besar) Zambry (Abdul Kadir)," he said.

Policies to continue

Nizar also announced that the exco has decided to continue policies implemented by the BN government over the past three months if it was deemed "good for the rakyat".

However, detrimental policies would be subject to reviewed.

He announced that all 817 village development and security committees (JKKKs), sacked by Zambry's administration, would be asked to continue their duties, while 318 local government councillors would be sworn in as soon as possible.

On Prime Minister Najib Abdul Razak's apparent offer for a bi-partisan solution to the Perak crisis, Nizar offered a tongue-in-cheek reply that the ‘People First' portion of the Najib's 1Malaysia slogan needs to be adhered to first.

"The people of Perak want the state assembly to be dissolved. That is the wish of the people and it should be prioritised. Once that is fulfilled, I think we can talk," he said.

On the court decision falling on Umno's 63rd anniversary yesterday, Nizar said that the ruling was the "people's birthday cake" for Umno.

"We wish them happy birthday. Accept this as the rakyat's present," he said.

Read more...

Zambry's lawyers have filed a notice of appeal

Meanwhile in Kuala Lumpur, Zambry's lawyers have filed a notice of appeal against the decision yesterday. They are now pushing for the appeal to be heard by the Court of Appeal today.

They have also filed an application to stay the decision yesterday pending the appeal.

Read more...

Perak monarchy 'embarassed' by imbroglio

The Perak sultan and the monarchy have been “embarrassed” by the political imbroglio following BN’s power grab of the state government three months ago, said veteran Umno leader Tengku Razaleigh Hamzah.
MCPX
Razaleigh, who is uncle to the Kelantan sultan, said that the royalty had been hurt by the systematic attempts by some within Umno to inflame the Perak impasse into one of “race and treason”.

At last month’s Bukit Gantang by-election where Mohammad Nizar Jamaluddin had stood as a candidate, Umno had accused the ousted menteri besar of treason and described him as a stooge of key coalition partner, the predominantly-Chinese DAP.

“Such attempts only hurt the institutions they claim to protect, and they hurt Umno and BN,” said Razaleigh in his latest blog posting.

Commenting on the court decision yesterday to recognise Nizar as the lawful menteri besar, Razaleigh said the ruling had affirmed the primacy of the constitution.

“According to the constitution, Nizar is menteri besar until he resigns of his own accord, or is removed by a vote of no-confidence in a formal sitting of the assembly. The constitution makes no provision for his removal by any other means, including by petitions or instructions from any other authority.”

Razaleigh hopes that the Perak sultan, who had earlier asked Nizar to resign, would now agreed to the Perak MB’s request to dissolve the assembly and make way for fresh elections in the state.

“This is the decent thing to do, but also the only way out of a crisis which has already spiralled out of Perak, damaged the rule of law, compromised the judiciary, the police and the state civil service, and damaged the monarchy in public opinion.”

Nizar has this morning sought an audience with the Perak regent Nazrin Raja Dr Nazrin Shah, who is standing in for the sultan, who is unavailable.

It’s better for BN to risk state elections

The Umno leader said that Umno’s “constitutional misadventure” will have repercussions.

“The government led by Zambry (Abd Kadir) was all along illegitimate and all decisions and contracts made by that government are without legal status. The cascade of illegalities we warned of must now be unwound painfully.

“This includes the deplorable events of May 7 in Ipoh. It means the resolution to replace the speaker was brought by an illegal state government.”

Razaleigh also ticked off Umno leaders for their political manoeuvres which have brought odium to both the monarchy and country.

“Our ideals are cheated when the monarchy we claim to protect is brought down to the level of desperate political manoeuvres that discredit us at home and abroad. We have no future as a party if we are seen as being against the people rather than for them.

“Those unable to rise above narrow party interests to understand what happens to a country when a government loses respect for the law might still like to consider this: it is better for BN to risk state elections that we may lose rather than to lose the entire country by being seen to be opposed to decency, the rule of law, and the will of the people.”

Read more...

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP